Hidup Tak Aman Di Rumah Sewa Taman Medan, PJHanya Kerana Buang Kain Putih Lusuh Berlumpur Kering Dalam Bilik

Disclaimer: Gambar utama sekadar hiasan.

Bila masuk rumah baru, memang disarankan untuk ‘dipagar’ dulu rumahnya sebelum apa-apa supaya perkara-perkara berkaitan gangguan syaitan dapat dielakkan. Lagi-lagi kalau rumah tu memang dah lama ditinggalkan.

Cerita pasal gangguan di rumah baru ni memang seram. Macam ada satu kisah viral baru-baru ni, kes bermula bila dia buang kain putih lusuh berlumpur kering yang ada dalam bilik yang mana pada kain tu juga ada terlekatnya beberapa rambut panjang. Pada mulanya si isteri memang dah terdetik, kain pontianak ke ni tapi benda tu dibiarkan je macam tu.

Hari pertama okey lagi. Masuk hari kedua dah mula terjadinya benda bukan-bukan dalam rumah. Masa si suami pergi kerja, terdengar macam ada orang mandi gaya gelojoh sangat siram air tu. Bila dah habis bunyi, si isteri terkejut tengok keadaan dalam bilik air. Berus gigi isteri dan suami dah selamat landing dalam lubang tandas jenis duduk, siap ada pakej najis dekat lantai!

Nah sis copy paste kat korang untuk baca. Barulah feel sikit kan nak rasa seram tu…

“Bukan itu je, ada satu malam tu lagi teruk kena. Suami balik kerja nak makan nasi. Aku hidang nasi kat suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? 

Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah-tengah rumah. Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu datang dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. 

Benda tu azan main-main, gelak-gelak dan ianya sangat menyeramkan campur ngeri. Gigil habis tangan dibuatnya. Memang first time kena dengan benda-benda aneh macam ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbuka! Nyalakan lampu, tapi takde apa-apa pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.

Gambar sekadar hiasan.

Tanpa banyak cakap, suami dengan bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lepas tutup call, dah takde apa-apa gangguan dah. 

Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur macam nak pecah. Ketuk bertalu-talu macam pencegah maksiat yang ketuk dah bunyinya. Kuat sangat, suami terkejut sampai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut ya amat sangat, suami jerit smpai nak terkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tidur sambil pasang ayat-ayat suci Al-Quran kat telefon. Gangguan tiada sampai ke pagi.

Esok bangun, ada kesan lebam dekat peha dan dekat perut, besar-besar pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang, aku nak ikut suami pi kerja, suami kata jangan takut dengan benda tu nanti dia lagi suka. Aku beranikan diri duduk sorang dekat rumah. Tapi aku terperap dalam bilik la. 

Dari pagi hingga ke petang tak ada apa yang berlaku, tapi ada pekara aneh yang terjadi waktu suami balik kerja, suami kata “awak bermantera apa dengan saya ni?” Aku tak faham dan tanya suami, “mantera apa bang?” Suami suruh tengok whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dalam WhatsApp. Manteranya berbunyi,

‘Terbang melayang-layang, ada di dahan, ada di darat. Masuk ke dalam jasad, terus ke hati. Menangis dijemput, menangis dihantar pulang, rambut mengurai, terkena sampuk, sehingga mati.’

Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai WhatsApp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap kat suami bukan aku yang hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain memang dah tak ada duit dah. 

Lepas makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dah start main bakar-bakar pulak, tengah sedap-sedap tidur sambil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih-alih dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus. Memang seram campur sakit hati. First time tgok suami menangis. 

Belum reda lagi kes terbakar ni, tiba-tiba semua frame gambar kahwin aku dengan suami semua tiba-tiba retak serentak. Lepas tu terdengar bunyi benda mengilai kat ruang tamu. punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sebab lain macam dia punya mengilai. Suami tak tahan, suami call ustaz yang dia kenal dan mintak tolong datang ke rumah. Ustaz tu kata, “saya dekat Kuantan, Pahang ni.”

Lepas je ustaz cakap mcm tu, ada satu suara garau cakap dekat depan pintu bilik aku mcm ni, “di Kuantan ya? Hihihihi.” Suami aku terus bukak pintu luas-luas dan cakap, “jangan kacau la setan!” Sebab benda tu dah berani mendekat dan bersuara. Lepas tu suami sambung cakap dengan ustaz, “ustaz dengar tadi?” Ustaz tu tak jawab tapi dia baca sesuatu, dalam beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan di setiap penjuru bilik. Suami cepat-cepat buat, lepas tu, gangguan dah pulih sikit, kami sambung tido.

Pada esok hari aku bangun, aku tiba-tiba ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dah macam orang tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kat luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dalam rumah, terkejut betul aku. Lepas tu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera makan aku. Suami tampar meja dengan tangan sambil cakap, “melampau  la ni!” 

Suami suruh kemas baju nak blah. Suami cakap rumah ni puaka tahap gila. Aku tanpa berlengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar. Masa aku tgh kemas baju. Aku dengar ada benda tengah pung pang pung pang masak kat dapur. Aku terus pergi tengok. Alangkah terkejutnya aku tengok ada pontianak dengan rambut panjang sampai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yang aku buang sebelum ni. Selamba je diri dekat dapur macam patung sambil dua tangan letak kt perut (macam orang tengah solat). 

Benda tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sangat tak tipu. Mulut aku terkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil-gigil. Serious aku tak pernah nampak benda-benda ghaib ni. Sekarang dah nampk, memang rasa macam nak tercabut skru lutut. Terdetik dalam hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nak panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis! Aku ingat dalam filem je bentuk pontianak macam ni. Rupanya in reality pun sama. Lepas terketar-ketar sambil menangis, aku pengsan. Sedar-sedar aku dah ada kat pusat rawatan islam.

Sekarang aku dan suami dah tinggalkan rumah syaiton tu. Kami cari rumah sewa yg baru. Kami dapat rumah flat dekat Taman Desa Perangsang Jalan PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun depan rumah je. Kat sini tak ada puaka-puaka syaiton ni. Alhamdulillah ok je. 

Cuma satu je yang pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku tnampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. Maybe khayalan aku je kot sebab still trauma. Tapi yang penting, gangguan yang menimpa keluarga kecilku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa.”

Amacam, seram kan? Kita yang baca pun dah terasa ngeri, si tukang alami tu ntah apalah rasa dia. Fuh, tak dapat bayang kalau dekat tempat dia.

Read Previous

‘2037’ Filem Tema Penjara Pasti Buat Korang Ada Unsettled Feeling Lepas Tonton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *