‘2037’ Filem Tema Penjara Pasti Buat Korang Ada Unsettled Feeling Lepas Tonton

Merata-rata dekat feeds Facebook orang share pasal filem terbaru Korea ‘2037’ ni. Apa yang best sangat sampai viral dekat Malaysia? Sampai ada yang kata filem ni ala-ala Miracle Cell No.7 tapi versi perempuan.

Haa, jom sis nak share sikit dengan korang. 

Filem ni mengisahkan tentang Yoon-Young, seorang remaja berusia 19 tahun yang menjadi mangsa rog0l majikan ibunya. Tapi dia dimasukkan ke penjara dengan hukuman penjara 5 tahun atas tuduhan membunuh.

Ini disebabkan pihak pembelaan tak dapat membuktikan yang betul ke Yoon-Young ni dirog0l atau memang dia membunuh disebabkan masa tu dia dah cukup umur.

Dekat penjara, dia dikenali sebagai 2037 dan tinggal dalam satu bilik bersama beberapa banduan lain. Sampailah satu masa tu dia disahkan mengandung. Masa ni memang beremosi jugaklah. 

Korang kena tengok. Tapi sis nak warning awal-awal lah. Sebab ending dia nanti korang akan rasa macam ada sesuatu unsettled feeling macam tu. Siap sedialah dengan tisu okey?

Cuma pandangan jujur sis, tak boleh lawan Miracle Cell No.7. Yang ni memang pergh sampai sekarang terasa sedih dia beb. Kering air mata nangis.

Raja Lepak

Read Previous

Suka Belanja TikTokers Gift Mewah, Siapa Sebenarnya Sultan Pemurah?

Read Next

Hidup Tak Aman Di Rumah Sewa Taman Medan, PJHanya Kerana Buang Kain Putih Lusuh Berlumpur Kering Dalam Bilik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *