Suka Belanja TikTokers Gift Mewah, Siapa Sebenarnya Sultan Pemurah?

Viral kan beberapa hari ni pasal Ryan Bakery dapat gift singa yang nilainya lebih RM2,000 seekor daripada Sultan Pemurah. Bukan sekali tapi sampai berkali-kali!

Terkenal dalam kalangan Tiktokers sebagai individu pemurah dan tak berkira, rupanya bukan Ryan Bakery je yang pernah terima hadiah Sultan Pemurah, tetapi beberapa lagi TikTokers lain.

Tapi siapa sebenarnya Sultan Pemurah ni?

Dalam satu sesi live, Ryan sempat bersembang dengan empunya badan. Tapi sayangnya si dia tak mahu menonjolkan diri. Mahu kekal low profile dan tak nak publisiti. Dengan hadiahkan coins pada TikTokers, Sultan Pemurah kata seronok tengok reaction orang kalau dapat lion.

Tapi apa yang dikongsikan beliau seorang rakyat Malaysia yang memandu Lamborghini, sudah berkahwin dan ‘menggunakan kad kredit ayah’nya untuk membeli coins dekat Tiktok.

Hmm, sempat lagi bergurau tu.

Ada yang kata Sultan Pemurah ni Kacak, anak DSV. Tapi Kacak sendiri pun dah nafikan yang dia sebenarnya Sultan Pemurah tu.

Korang agak-agak siapa?

Raja Lepak

Read Previous

Bakery Bukan Kedai Kek Tapi Nama Ayah, Ryan ‘Budak Bedak’ Makin Femes!

Read Next

‘2037’ Filem Tema Penjara Pasti Buat Korang Ada Unsettled Feeling Lepas Tonton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *