Bakery Bukan Kedai Kek Tapi Nama Ayah, Ryan ‘Budak Bedak’ Makin Femes!

Asal scroll fyp TikTok, confirm terselit content dari ‘budak bedak’ Ryan Bakery ni. Content yang majority budak 80 dan 90-an boleh relate sebab kena dengan zaman childhood generasi tu. Siap dengan muka bedak tak rata tu.

Kadang kalau sehari tak tengok content Ryan ni, rasa macam tak lengkap pula hari tu. 

Btw, korang tahu tak sebenarnya Bakery yang digunakan di nama beliau tu rupanya nama ayah Ryan. Bukan bakery kedai kek tau. Jujurnya ku pun fikir macam tu jugak. Cari punya cari tak jumpa pun content masak kek, rupanya barulah tahu keadaan sebenar.

Maaf ye Ryan. Tersalah sangka pulak.

Btw, korang tahu tak sebelum memasuki dunia influencer, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27 tahun ni bekerja di lapangan terbang. Tapi disebabkan pandemik yang melanda dia diberhentikan kerja dan pulang ke kampung halaman.

Tak putus asa, Ryan ada buat bisnes secara kecil-kecilan macam jual kuih, jual ikan laga dan dari situlah dia mula terdetik nak buat video parodi menggunakan perjalanan hidup dia sebagai content.

Tu yang ramai boleh relate sebab majority pun ada pengalaman yang sama. Bila boleh relate, orang pun suka dan follow Ryan untuk tengok content-content dia.

Sekarang ni pun Ryan ada collab dengan beberapa brand besar. Contohnya sekarang macam BubbleBee. 

Tahniah Ryan, teruskan usaha untuk hasilkan content-content menarik lagi tau.

Read Previous

Rupanya Ada Yang Buat Bisnes Dengan ‘Unclaimed Parcel’, Maybe Parcel Korang Termasuk?

Read Next

Suka Belanja TikTokers Gift Mewah, Siapa Sebenarnya Sultan Pemurah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *