Rupanya Ada Yang Buat Bisnes Dengan ‘Unclaimed Parcel’, Maybe Parcel Korang Termasuk?

Sekarang ni semua dah online. Order je nanti tak lama lepas tu sampailah parcel depan pintu rumah. Cuma bila beli online ni ada masa nasib tak berapa baik tu, parcel yang ditunggu-tunggu tak sampai. Lastnya tahu parcel lost.

Menangis weh. Macam menanti cinta crush yang tak kunjung tiba. 

Baru-baru ni dekat Twitter ada satu tweet yang timbulkan kemarahan orang ramai. Sebab dorang punya bisnes berdasarkan unclaimed parcel.

Satu parcel dijual dengan kadar RM50, pelanggan boleh pilih nak parcel yang mana. Buka depan kedai kalau barang rosak boleh pilih parcel lain. Barang memang random dan penjual sendiri tak tahu apa dekat dalam.

Katanya bisnes ni pihak kurier yang buat. Kurier mana satu tu, netizen kenalah buat siasatan lanjut. Tak tahu pula boleh buat duit mudah macam ni. Tapi confirmlah tak berkat kan? Mudah sangat buat duit ye.

Korang kalau lama sangat kurier peram barang, dah bolehlah buat report dekat MCMC. Memang berkesan sebab dorang ni takut sikit bila MCMC ‘buat kerja’ atas report orang awam.

Sumber: @pja_chan

Read Previous

Selalu Jadi Sticker WhatsApp, Si Comel Rohee Makin Cantik & Besar!

Read Next

Bakery Bukan Kedai Kek Tapi Nama Ayah, Ryan ‘Budak Bedak’ Makin Femes!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *