5 Jenis Emas Yang Selalu Ada Dalam Pasaran Selain 999 & 916

Yang selalu kita dengar emas 999 dengan emas 916 je kan? Jadi yang tak berapa tahu pasal emas ni akan ingat yang dalam dunia ni ada dua je jenis emas.

Btw, korang tahu tak selain daripada 2 tu sebenarnya ada lagi beberapa jenis emas yang ramai tak tahu kewujudannya?

1. Emas 999 (24K) :

Emas jenis ni adalah emas yang paling banyak kandungannya iaitu 99.9% dan selalunya digunakan dalam hasilkan jongkong, syiling, not dan syiling wafer. 

Ada je barang kemas yang gunakan emas 999 ni tapi terhad sebab sifat dia yang lembut tu. Bila lembik dan mudah ditempa, perlulah ada penjagaan yang teliti supaya tak mudah rosak dan kemek.

2. Emas 916 (22K) :

Peminat barang kemas tahu dah kewujudan emas ni sebab memang asal barang kemas je, pilihan utama dia inilah. Emas 916 lebih padu berbanding Emas 999 dengan kandungan 91.6% dan ditambah aloi bagi kuatkan struktur rekaan.

3. Emas 750 (18K) :

Biasa digunakan untuk ikat batu berlian dan permata, emas ni biasanya kandungannya 75%.

4. Emas 585 (14K) :

Emas jenis 585 ni ada kandungan emas 58.5% dan biasanya digunakan dalam aksesori sebab daya tahan dia memang kuat. 

5. Emas 375 (9K) :

Bila orang cakap emas 375, jangan pula tak percaya. Masih lagi emas cuma kandungan emas di dalamnya adalah yang terendah iaitu sebanyak 37.5%. Nama lain emas ni ialah emas suasa dan terkenal digunakan sebagai emas dalam cincin lelaki.

Lepas ni kalau orang sebut jenis-jenis emas, tahu dah kan kegunaannya untuk apa. Nak tahu lanjut pasal emas boleh ke website www.habibjewels.com okey?

Raja Lepak

Read Previous

Saintis Dakwa Manusia Mampu Bernafas Ikut Punggung

Read Next

Semua Naik Harga, Potong Ayam Pun Ada Caj Ikut Berat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *