Semua Naik Harga, Potong Ayam Pun Ada Caj Ikut Berat

Umum tahu, keadaan ekonomi sekarang ni memang tak menentu. Barang-barang makin naik, kos sara hidup pun sama naik. Tapi gaji tak naik-naik. Eh, tiber~

Sekarang ni paling terkesan ialah harga ayam. Ada yang sekilo boleh mencecah RM9.80. Nak pula sejak 1 Julai ni, kerajaan umum akan hentikan bayaran subsidi kepada penternak ayam. Lagilah akan dijangka naik.

Kredit: Utusan Malaysia/Muhammad Shahizam Tazali

Tapi belum pun capai tarikh 1 Julai, ada peniaga yang dah mula kenakan caj potong ayam RM2.40 untuk seekor menjadikan jumlah ayam yang perlu dibayar akan lebih tinggi. Ada juga peniaga yang caj ikut kilogram. 

Ramai netizen lihat benda ni macam tak munasabah.

Kredit: Viral Media Johor

Pengarah KPDNHEP Melaka mengatakan caj potong ayam yang dikenakan kepada pelanggan tidak menyalahi peraturan selagi masih ikut harga siling yang ditetapkan kerana ia adalah caj yang boleh dipilih oleh pelanggan.

Menurut beliau, ia adalah servis tambahan dan peniaga sepatutnya hanya perlu jual ayam seekor tanpa potong. Situasi ni jadi benda baru buat pengguna sebab sebelum ni khidmat potong ayam tak pernah dicaj.

Pendapat korang macam mana pulak? Adakah kita kena bela ayam dah lepas ni?

Raja Lepak

Read Previous

5 Jenis Emas Yang Selalu Ada Dalam Pasaran Selain 999 & 916

Read Next

Mat Kilau Jadi Mat Maslan, Respon Ahmad Maslan Bikin Ngakak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *