Saintis Dakwa Manusia Mampu Bernafas Ikut Punggung

Selain daripada bernafas ikut hidung dan mulut, korang tahu tak ada dakwaan yang mengatakan kita ni manusia, mampu bernafas ikut punggung?

Dalam satu laporan jurnal Clinical and Translational Resource and Technology Insights, para saintis ada jalankan beberapa eksperimen pada tikus dan babi dengan mendasarkan pada metabolisme perlahan bagi penyu.

Macam penyu, penyu dipercayai boleh bernafas guna punggung dan mampu hidup ketika musim sejuk sebab dorang ada lapisan tersebut. 

Dalam eksperimen tu, usus haiwan tersebut akan digosok bagi nipiskan lapisan mukosa yang akan kurangkan halangan kepada aliran darah. Kemudian kesemuanya diletakkan dalam ruang yang kurang oksigen.

Dapatannya haiwan terkawal yang kekurangan pernafasan dan tak terima pengudaraan usus mati selepas kira-kira 11 minit. Manakala 75% daripada haiwan yang telah digosok dan terima oksigen bertekanan ke dalam rectum bertahan selama sejam.

Bagi mereka, ini seolah membuktikan tikus dan babi mampu bernafas kalau dalam keadaan betul. Dan manusia & mamalia juga mampu bertahan bernafas melalui punggung.

Kredit: via pexel.com

Tapi sekarang tengah dalam kajian bagaimana cara yang kurang bahaya kepada manusia selain daripada gosok usus iaitu dengan cara melalui cecair yang kaya dengan oksigen macam perfluorocarbon.

Tapi kajian terhadap manusia masih lagi tak berlaku. Dan tak dapat dipastikan yang dorang nak teruskan atau pun tak.

Kredit gambar utama: KamranAydinov via freepik.com

Raja Lepak

Read Previous

Menjerit Pun Boleh Jadi Kerjaya, Lihat Macam Mana Wanita Ni Buat Duit

Read Next

5 Jenis Emas Yang Selalu Ada Dalam Pasaran Selain 999 & 916

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *