Menjerit Pun Boleh Jadi Kerjaya, Lihat Macam Mana Wanita Ni Buat Duit

Korang suka menjerit? Haa, ni maybe kerja yang sesuai dengan ‘passion’ korang tu.

Jangan tak percaya, dengan jerit je korang boleh buat duit. Macam Ashley Peldon ni dia berjaya buat duit dengan hanya menjerit. Dan jeritan dia ada digunakan dalam filem terkenal macam Scream, Paranormal Activity dan Jurassic World.

Tapi jeritan beliau bukannya jeritan biasa-biasa. Jeritan pun ada seninya. Jeritan dengan emosi contoh macam emosi sedih berbeza dengan jeritan bila emosi dalam keadaan geram. 

Kata Ashley, jeritan yang paling susah nak buat ialah jeritan orang sedih sebab perlu sarat dengan emosi. Tapi semua ni okey untuk Ashley sebab dia ada PhD dalam psikologi yang mana banyak membantu dalam sampaikan jeritan dengan emosi yang betul.

Walaupun banyak menjerit, tapi Ashley kata dunia jeritan yang dia ceburi dari kecil ni tak pernah buatkan dia hilang suara. 

Korang boleh tonton cara Ashley jerit dekat sini: 60 Second Docs

Read Previous

HAPPIEE! Rangkaian Produk Makanan Berasaskan Tumbuhan Di Malaysia

Read Next

Saintis Dakwa Manusia Mampu Bernafas Ikut Punggung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *