HAPPIEE! Rangkaian Produk Makanan Berasaskan Tumbuhan Di Malaysia

Sekarang ni dah ramai yang mula sedar untuk amalkan lifestyle yang sihat. So pilihan makanan dalam pasaran sekarang pun dah pelbagai bagi memudahkan misi untuk dapatkan lifestyle ni dicapai.

Kalau nak tahu, syarikat perintis pemakanan berasaskan tumbuhan yang femes dekat Singapore ada jalinkan kerjasama dengan syarikat start-up teknologi makanan Asia, Growthwell Foods, Country Farms Group dengan menghasilkan produk berasaskan tumbuhan yang diberi nama HAPPIEE!

Dengar nama pun dah rasa happy kan?

Menariknya mereka menyasarkan untuk perkenalkan rangkaian produk ni kepada lebih banyak restoran dan kedai makan di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2022.

Yang nak try diet vegan atau memang amalkan diet vegan, bolehlah gunakan produk ni sebagai alternatif. Akhir Jun ni, korang boleh jumpa produk ni dekat AEON terpilih:

  • HAPPIEE! Fishiee Sticks
  • HAPPIEE! Fishiee Patties
  • HAPPIEE! Chickiee Popcorn
  • HAPPIEE! Chickiee Nuggets

Ada juga produk rangkaian makanan zat yang dihasilkan daripada konjac, sebuah ramuan yang secara semula jadinya bebas kolesterol, tinggi serat dan rendah kalori, yang turut boleh menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan paras kolesterol, serta rangkaian ayam berasaskan soya yang menyerupai rasa dan tekstur daging ayam sebenar.

Nak tahu macam mana rasanya, kenalah try kan?

Raja Lepak

Read Previous

Mat Saleh Give Up Bila Dengar Wanita Ni Kecek Kelate

Read Next

Menjerit Pun Boleh Jadi Kerjaya, Lihat Macam Mana Wanita Ni Buat Duit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *