Mat Saleh Give Up Bila Dengar Wanita Ni Kecek Kelate

Nak kuasai bahasa asing memang bukan mudah. Tapi bila tengok Wouter Corduwener yang fasih hampir 30 bahasa buatkan ramai yang kagum dengan kebolehannya.

Kalau korang suka konten-konten macam street interview, korang akan perasan yang Wouter selalu interview orang awam dan bersembang dengan bahasa ibunda mereka.

Macam yang dalam satu video viral dekat TikTok, Wouter akan interview orang awam macam biasa. Dan mana-mana yang bercakap bahasa yang dia tak faham akan diberikan £20. Dan kebanyakannya pun memang Wouter faham.

Sampailah kepada seorang wanita dari Kelantan, Malaysia ni. Korang tengoklah reaksi dia bila wanita ni mula berkecek. Terpinga kejap member nak faham.

Tapi Wouter tetap terima pujian sebab mampu membezakan Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia dengan baik. Tak ramai yang arif dengan benda ni sebab keduanya ada bunyi dan perkataan yang sama.

Cayalah.

Kredit video: myedisi9

Read Previous

Netizen Keliru Bila Tengok Pemandu Kereta Kena Marah Dengan ‘Mat ‘Motor’ Sebab Lambat Touch ‘n Go

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *