Netizen Keliru Bila Tengok Pemandu Kereta Kena Marah Dengan ‘Mat ‘Motor’ Sebab Lambat Touch ‘n Go

Dah masuk pertengahan tahun 2022, masih ada rupanya tak tahu naik motor dekat highway tak perlu bayar tol dengan gunakan laluan khas motosikal.

Ye yang inilah. Dahlah masuk lorong Touch ‘n Go, dah tu dimarahnya pula kereta belakang tak touch kad untuk naikkan palang supaya dia boleh lalu. 

Dalam video tu korang boleh nampak effort dia untuk lalu bawah palang sampai terpaksa sengetkan motor. Tapi tak lepas. Aih, sesuai sangat audio ‘nak marah tapi kena sabar’ dengan situasi ni.

Bila dikongsi di media sosial, ramai yang keliru masih ada yang tak tahu rupanya tentang laluan free motor di highway. Ramai juga yang mengecam sebab ‘bijaknya’ penunggang tu akan jadi punca pemandu kereta di belakang kena caj untuk bayar tol 2 kali. 

Kalau korang kat situasi ni, apa korang buat. Nak biar dia mereput tunggu palang naik ke nak suruh pergi laluan motor?

Video: @twtcctv

Read Previous

Kepuasan tembakau tanpa abu dan bau asap rokok. Lil SOLID 2.0 yang diperkenalkan oleh IQOS adalah jawapannya!(Ini adalah artikel berbayar)

Read Next

Mat Saleh Give Up Bila Dengar Wanita Ni Kecek Kelate

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *