Konon Hilang 20 Hari Disorok Jin, Lelaki Ini Kantoi Dalam Serbuan Tangkap Basah

Seorang doktor pakar perubatan yang dikenali sebagai Dr Faisal mencetuskan kepanikan selepas beliau dilaporkan hilang tanpa jejak selama 20 hari.

Menurut sumber, Dr Faisal memaklumkan yang beliau akan mengikuti misi banjir. Yang mengejutkan apabila motosikalnya ditemui dengan enjin yang masih hidup bersama barangan peribadi yang diteui terbiar di tepi kawasan jurang tanpa bertuan.

Pelbagai usaha dilakukan demi mencari Dr Faisal termasuklah menggunakan anjing pengesan tapi tidak menemui jawapan sehinggakan banyak spekulasi yang timbul termasuklah beliau disorok jin.

Namun persoalan ini terlerai apabila Dr Faisal ditemui selamat selepas kantoi tertangkap basah bersama seorang wanita di sebuah rumah penginapan. 

Hmm, manusia yang berskandal, jin juga yang kena fitnah. 

Video: @onehundred010

Raja Lepak

Read Previous

‘Bos-Bos’ Malaysia Antara Manusia Paling Kedekut Nak Bayar Upah

Read Next

Nak Tarik Rakyat Malaysia Kerja, Restoran Singapura Tawar Gaji RM11,000 Untuk Job Cuci Pinggan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *