Nak Tarik Rakyat Malaysia Kerja, Restoran Singapura Tawar Gaji RM11,000 Untuk Job Cuci Pinggan

Punyalah nak tarik warga Malaysia datang bekerja, sebuah restoran di Singapore naikkan tawaran gaji dari SGD1,000 ke SGD3,500 untuk jawatan pencuci pinggan selepas jawatan tu lama tak terisi disebabkan tawaran gaji yang rendah.

Dia punya tahap tu sampai owner sendiri terpaksa turun padang cuci sendiri pinggan mangkuk yang ada.

Menurut pemilik Restoran Ishinomaki Grill & Sake, Chen Weixin memberitahu yang kerja ni biasanya dilakukan oleh warga asing dari Malaysia tapi disebabkan COVID-19, ramai yang dah pulang ke negara asal. 

Disebabkan tak ada orang Singapore yang nak terima tawaran tu menjadikan beliau terpaksa bergantung pada pekerja asing warga Malaysia.

Kalau korang nak tahu, beberapa syarikat F&B terpaksa tawarkan kerja sehingga SGD4,000 untuk jawatan cuci pinggan sahaja dengan bonus SGD3,000. Tapi masih juga alami kekurangan kakitangan.

Kredit: Sixteen Miles Out via unsplash.com

Sebabnya warga Singapore sendiri pun tak sanggup nak kerja dekat kawasan belakang dapur yang dikatakan sebagai ‘menuntut kerja keras’.

Kredit gambar utama: Scott Umstatd via unspalsh.com

Read Previous

Konon Hilang 20 Hari Disorok Jin, Lelaki Ini Kantoi Dalam Serbuan Tangkap Basah

Read Next

Kepuasan tembakau tanpa abu dan bau asap rokok. Lil SOLID 2.0 yang diperkenalkan oleh IQOS adalah jawapannya!(Ini adalah artikel berbayar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *