‘Bos-Bos’ Malaysia Antara Manusia Paling Kedekut Nak Bayar Upah

Korang percaya tak yang bos-bos dekat Malaysia ni antara manusia yang paling kedekut dekat kawasan Asia Tenggara? Tak gebang, ini memang benar okeh!

Peratusan majikan Malaysia dari segi bayaran upah ni adalah yang terendah dengan nilai perbenlanjaan 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji berbanding Singapura (40%), Indonesia (84%) dan Filipina (76%).

Tapi ia perlu ambil kira populasi negara dengan Malaysia (33 juta), Indonesia (273 juta), Filipina (109 juta) dan Singapura (5.6 juta). 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berpandangan bahawa peratusan tersebut tak masuk akal sebab rata-rata manjikan sebenarnya mampu untuk bayar lebih daripada gaji minimum RM1,200.

Walaupun dah diberikan bantuan sepanjang tempoh pandemik, majikan Malaysia sering beri alasan yang sekarang ni bukan masa sesuai untuk naikkan gaji minimum ke RM1,500 kerana kesukaran ekonomi dan COVID-19.

Kredit: Yasmina H via unsplash.com

Kalau korang nak tahu, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Pendapat korang macam mana? Berbeza ke setuju 100%?

Sumber: Utusan Malaysia

Kredit gambar utama: Jeshoots.com via unsplash.com

Raja Lepak

Read Previous

Timbang-timbang, lil SOLID 2.0 diperkenalkan oleh IQOS jer jadi pilihan alternatif kepada merokok (Ini adalah artikel berbayar)

Read Next

Konon Hilang 20 Hari Disorok Jin, Lelaki Ini Kantoi Dalam Serbuan Tangkap Basah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *