Kakitangan DBKL Keluarkan Teddy Bear Gergasi Dari Longkang Tempat Hotspot Banjir KL

Duduk KL ni, asal hujan lebat lama sikit confirm akan ada tempat yang banjir. Sampai trauma lah jadinya nak bawa kenderaan sebab kerosakan yang dialami bukan biasa-biasa.

Masa kejadian hujan lebat hari Rabu 25 Mei lalu, kakitangan DBKL menerusi FB DBKL berkongsi yang mana semasa mereka cuba untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku, tiba-tiba terjumpa teddy bear gergasi yang dah menyebabkan longkang tersumbat.

Lokasi teddy bear tersebut dijumpai pulak di kawasan longkang kawasan hotspot banjir kilat iaitu di Bulatan Merdeka.

Nak salahkan siapa lagi bila mentaliti buang sampah merata masih ada dalam masyarakat kita. Kalau tak nak tu cubalah cari tong sampah dan buang.

Kot ye pun marah kat ex, jangan jadikan bumi tempat korang lepaskan amarah. Kesannya nanti kita juga yang merasa. Jangan cakap pihak berkuasa tak buat kerja pulak.

Kredit: FB DBKL

Raja Lepak

Read Previous

Hidup Mahal, Mati Pun Mahal. Harga Kepungan Kubur & Set Nisan Buat Ramai Terkedu

Read Next

Timbang-timbang, lil SOLID 2.0 diperkenalkan oleh IQOS jer jadi pilihan alternatif kepada merokok (Ini adalah artikel berbayar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *