Jumpa Buku Jampi Dalam Beg Preloved Founder, Netizen Seram Tengok Sharing Wanita Ni

Benda yang melibatkan jampi ni walaupun dah disahkan sebagai syirik pun masih ada yang lakukannya demi pelbagai tujuan. Yang selalu kita dengar, orang gunakannya untuk tujuan bisnes, demi mendapatkan cinta atau pun balas dendam.

Macam baru-baru ni, viral satu video TikTok seorang wanita yang terkejut bila beg preloved yan dibeli daripada seorang founder kosmetik turut datang sama dengan ‘pakej’ buku yang penuh dengan tulisan dipercayai jampi.

Dalam video tu korang boleh tengok secara sekali imbas baris-baris jampi tulisan tangan yang tak diketahui maksudnya. Memang seramlah kan kalau jadi dekat diri sendiri.

Tuan tanah TikTok pun ada maklumkan yang founder tu dah pun meninggal dunia. Tapi tak berkongsi siapa identiti sebenarnya.

Risau. Moga dosa arwah diampunkan. Moga benda ni jadi pengajaran juga dekat kita semua supaya tak melibatkan diri dalam perbuatan syirik.

Takut bila fikirkan azab Tuhan!

Video: @ninarichiiii

Raja Lepak

Read Previous

Lokasi Sebenar Kejadian Mistik KKN Di Desa Penari Terdedah?

Read Next

Hidup Mahal, Mati Pun Mahal. Harga Kepungan Kubur & Set Nisan Buat Ramai Terkedu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *