Lokasi Sebenar Kejadian Mistik KKN Di Desa Penari Terdedah?

Sampai sekarang masih lagi orang perkatakan tentang KKN di Desa Penari. Filem mistik dari Indonesia yang katanya diadaptasi daripada kisah benar. 

 Kalau korang nak tahu, dalam thread panjang kisah original kejadian ini, pelajar asal yang melaluinya meminta pihak produksi agar identiti dan lokasi kejadian dirahsiakan kepada umum.

Tapia da je netizen Indonesia yang cuba untuk bongkarkan di mana lokasi sebenar kejadian ini. Antara lokasi yang menjadi sebutan:

1. Rowo Bayu, Jawa Timur

Di sini, dikatakan ada sebuah perigi ditengah hutan tebal yang menjadikan tempat ini penuh misteri. Kalau korang tengok trailer filem, korang perasan kan yang dekat lokasi tu mereka mandi gunakan air dari perigi?

2. Alas Gumitir, Jawa Timur

Alas Gumitir menjadi sebutan sebagai salah satu lokasi sebenar kerana di sini adanya rekaan patung menari. Katanya lokasi ni didedahkan sendiri oleh pelajar yang mengikuti KKN ni.

3. Kecamatan, Banyuwangi

Rumors bermulanya lokasi ini sebagai lokasi sebenar adalah apabila ada yang mengaku mereka ni rakan KKN Nur & Widya. Penyiasatan tentang lokasi ini sebagai lokasi kejadian mistik itu pun ada dikembangkan oleh seorang YouTuber Indonesia.

Walaupun banyak lokasi yang disuspek sebagai lokasi sebenar kejadian tersebut, pihak produksi masih menutup mulut tentang lokasi sebenar bagi melindungi identiti pencerita. Jumlah watak yang mengikuti di jumlah sebenar pun dikatakan berbeza daripada yang ada di filem.

Korang rasa, agaknya kalau lokasi ni terexpose. Ada ke netizen yang akan pergi?

Nak tahu apa sebenarnya yang berlaku semasa KKN, korang boleh baca dekat: KKN Di Desa Penari, Filem Horror Indonesia Yang Diadaptasi Dari Kisah Benar

Raja Lepak

Read Previous

KKN Di Desa Penari, Filem Horror Indonesia Yang Diadaptasi Dari Kisah Benar

Read Next

Jumpa Buku Jampi Dalam Beg Preloved Founder, Netizen Seram Tengok Sharing Wanita Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *