KKN Di Desa Penari, Filem Horror Indonesia Yang Diadaptasi Dari Kisah Benar

Sana sini orang bercakap pasal KKN di Desa Penari. Dia punya trending tu sampaikan dekat Indonesia, filem Dr Strange pun kalah tau.

Kalau korang nak tahu, KKN di Desa Penari ialahsebuah filem seram dari ndonesia yang diadaptasi daripada threadTwitter viral tahun 2019 oleh @SimpleM81378523.

Dalam thread tu, kisah bermula bila 6 orang mahasiswa universiti perlu menjalani KKN (Kerja Kuliah Nyata) selama di semester terakhir di sebuah desa terpencil di Pulau Jawa dengan lokasi sebenar dirahsiakan.

Ada 2 versi penceritaan kisah ini iaitu dari sudut pandang Nur dan Widya selama 6 minggu dorang berada di sana. Sepanjang mereka berada di sana, Nur dan Widya selalu alami kejadian aneh yang menyeramkan. 

Antaranya nampak wanita cantik yang menari, bunyian gamelan, lembaga hitam bertanduk kerbau dengan mata merah dan sehinggalah membawa kepada tragedi kematian Bima selepas 3 hari keluar dari desa tersebut diikuti dengan Ayu.

Semuanya disebabkan keduanya melanggar pantang larang semasa berada di desa tersebut. Malah lepas kematian Ayu, dikatakan rohnya masih lagi menari di desa tersebut sebagai tanda menebus kesalahannya.

Korang boleh baca synopsis IG Story dekat bawah ni untuk tahu lanjut sebab thread tu dalam Bahasa Jawa.

Kredit IG Story: Izzati Laman

Raja Lepak

Read Previous

Lelaki Hilang Niat Nak Mencuri Lepas Nampak Kaki Janda

Read Next

Lokasi Sebenar Kejadian Mistik KKN Di Desa Penari Terdedah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *