Lelaki Hilang Niat Nak Mencuri Lepas Nampak Kaki Janda

Dalam nak mencuri tu sempat lagi ye!

Berita di Indonesia, seorang lelaki ni batalkan niat nak mencuri barang kemas lepas ternampak kaki mangsa yang merupakan seorang janda.

Niat nak mencuri ni timbul lepas selalu ternampak mangsa masa tengah melepak di rumah rakannya yang berdekatan rumah mangsa.

Kredit: Tribunnews

Jadi masa mangsa tengah tidur, beliau ambil kesempatan untuk meneruskan niatnya untuk mencuri. Tapi disebabkan terdengar bunyi dari bilik di sebelah bilik tidurnya, mangsa terjaga dan terus keluar bilik untuk dapatkan sambungan internet.

Masa inilah fond an gelang tangan mangsa dirampas. Dan masa ini jugalah si pencuri ni ternampak kaki mangsa dan tergiur dan cuba untuk ambil kesempatan terhadap mangsa.

Tapi si pencuri ni jadi takut lepas mangsa dikatakan terlihat wajahnya dengan jelas. Pencuri pun pulangkan semula barang yang dicuri dan meminta maaf sebelum pergi.

Kredit: Tribunnews

Mangsa yang trauma telah pun buat laporan kepada penghulu kampung. Lelaki tadi kemudiannya ditangkap dan mengaku beliau yang terdesak untik dapatkan duit memang ada niat untuk mencuri tetapi berubah niat lepas tergoda melihat mangsa. 

Jika disabitkan kesalahan, lelaki tersebut mungkin akan dikenakan hukuman penjara maksimum 9 tahun.

Info & kredit gambar utama: Tribunnews

Read Previous

Perangai Cop Parking Di PPR/Flat Boleh Didenda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

Read Next

KKN Di Desa Penari, Filem Horror Indonesia Yang Diadaptasi Dari Kisah Benar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *