Perangai Cop Parking Di PPR/Flat Boleh Didenda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

Isu cop parking dekat kawasan flat ni memang dah lama dah berlaku. Cop dengan kon, pasu bunga dan paling ekstrem ada yang siap naikkan bumbung. Memang pentingkan diri.

Fed up dengan benda ni, seorang pengguna Twitter @syaamil_ berkongsi beberapa keping gambar dengan kapsyen, “bila hang budget ppr tapi nafsu kondo end up jadi bodo”.

Walaupun parking dekat kawasan tersebut sebenarnya siapa cepat dia dapat, tapi mentaliti macam ni menyebabkan kesusahan pada orang lain. Dahlah parking tak bayar, sedap sedap je nak cop cop macam tu.

Kalau korang jumpa orang macam ni, eloklah terus je report pada majlis perbandaran. Sebab ia merupakan satu kesalahan yang mana di bawah Seksyen 119 boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau 6 bulan penjara untuk kesalahan pertama dan RM4000 atau penjara 12 bulan untuk kesalahan kedua.

Nak sangat cop parking, biar poket dia rabak pulak kena bayar denda. Tak pun merasa tidur di sebalik tirai besi.

Read Previous

Protected: Kepuasan tembakau tanpa abu dan bau asap rokok. Lil SOLID 2.0 yang diperkenalkan oleh IQOS adalah jawapannya!(Ini adalah artikel berbayar)

Read Next

Lelaki Hilang Niat Nak Mencuri Lepas Nampak Kaki Janda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *