Teropong Jalan Untuk Check Punca Jem, Gelagat Pak Cik Ni Buat Ramai Terhibur

Tahun ni memang meriah kan keadaan jalan raya. Yelah dah 2 tahun tak dapat balik raya, tahun ni memang redeem kawkaw punya sampai jalan yang tak pernah-pernah jem pun boleh sesak teruk.

Dalam banyak-banyak aksi, aksi pakcik ni memang buat ramai terhibur. 

Punyalah nak check kenapa jalan depan jem jem, pak cik ni boleh turun dari kereta untuk teropong keadaan dekat depan. Sampai Perodua Viva yang dipandunya pun dia panjat.

Gelagat gigih pak cik ni yang sanggup panjat kereta dan teropong keadaan dekat depan buat ramai terhibur. Mungkin frust sangat kot lama tersekat.

Ini dah macam Captain Jack Sparrow versi darat ni. Tapi ada netizen yang berseloroh kata ini bukan Jack Sparrow tapi Jack Separuh.

Korang yang lain, macam mana pengalaman balik raya hari tu? Menghadap jem jugak ke?

Video: @malaysiaupdatenews

Read Previous

Geram Geng Plastik Hitam Jadikan Belakang Ofis Port ‘Buka Puasa’, Akak Ni Selamba Sound Guna Speaker

Read Next

Protected: Timbang-timbang, lil SOLID 2.0 diperkenalkan oleh IQOS jer jadi pilihan alternatif kepada merokok (Ini adalah artikel berbayar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *