Geram Geng Plastik Hitam Jadikan Belakang Ofis Port ‘Buka Puasa’, Akak Ni Selamba Sound Guna Speaker

Bila bulan puasa tiba, akan adalah golongan plastik hitam yang sentiasa cari alasan untuk tidak berpuasa. Biasanya port sunyi akan jadi markas dorang untuk jalankan aktiviti makan-makan ni.

Alah,  macam dalam cerita arahan arwah Mamat Khalid yang ada Bell Ngasri tu. 

Satu video TikTok ni viral sebab seorang akak ni dengan selambanya sound geng plastik hitam yang jadikan kawasan bangunan ofisnya sebagai port untuk berbuka pada waktu tengah hari.

Siap pakai mic dan speaker lagi tu!

Beli nasi kandar, makan belakang ofis. Lepas tu buang sampah merata pulak. Manalah akak ni tak hangin.

Lawak-lawak jugak, korang hanya boleh jadi geng plastik hitam kalau korang daripada golongan ni: 

  1. Wanita yang datang haid/nifas
  2. Wanita hamil atau sedang menyusukan bayi
  3. Orang sakit
  4. Orang yang menjalani prosedur perubatan
  5. Orang yang musafir

Yang lain wajib puasa yaaa…

Kredit video: @kiedaamy97_

Raja Lepak

Read Previous

Bengang Asyik Kena Kacau, Perempuan Terus Sound Hantu Atas Siling

Read Next

Teropong Jalan Untuk Check Punca Jem, Gelagat Pak Cik Ni Buat Ramai Terhibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *