Hantar Kereta Ke Bengkel, Sekali Kereta Kena Lenjan Sampai Enjin Rosak?

Korang baca tak kes viral yang mana seorang pemilik Proton Preve ni share pasal dakwaan kereta dia dah digunakan masa kereta tersebut ditinggalkan untuk proses modifikasi sejak awal Disember lalu?

Sampaikan kereta ada masalah enjin. Bukan takat tu je korang, ada bahagian yang dah dimodified pun hasilnya nampak kurang memuaskan. Cat sampai terkopek-kopek. Aduhai, tengok pun ngeri.

Beza milage sebelum hantar dengan masa terkini keadaan kereta dilihat pun agak besar. Dalam 3,782km.

Dalam satu perbualan WhatsApp, pihak bengkel janji yang kereta tu akan disiapkan masa CNY dengan kos total RM15,000.

Bayaran awal RM7,000 dan kemudiannya RM3,000 dah dibuat. Dan lepas je owner tengok perjanjian dengan pihak bengkel mula susah nak capai kata sepakat, dia pun rancang nak ambil semula kereta dia.

Tapi dilarang dan diminta untuk selesaikan baki lagi RM5,000 terlebih dahulu.

22/3 owner terima satu video WhatsApp yang tunjuk rakaman enjin kereta dia dalam keadaan kurang sedap. Nak tengok sendiri, dia pergi ke bengkel tersebut. Dan masa tu lah dia kecewa tengok keadaan keretanya.

6 hari kemudian, owner Preve datang semula bersama mekanik yang pernah bertanggungjwab jaga enjin keretanya. hasil inspection, enjin memang masalah dan perlu diambil untuk dibaiki dekat bengkel lain.

Tapi. Pemilik bengkel enggan memberikan kerjasama dan halang owner untuk ambil semula kereta dia dengan meminta baki dijelaskan terlebih dahulu. Bengang dengan tindakan pemilik bengkel, owner buat laporan polis bagi melindungi diri untuk beliau ambil semula keretanya bagi baik pulih kerosakan enjin. 

Korang boleh baca dan follow story owner ni dekat sini.

Kredit gambar owner: Alif Hj Zainuddin

Raja Lepak

Read Previous

Tips Elak Rasa ‘Bodoh-Bodoh Sikit’ Lepas Pulih Jangkitan Covid-19

Read Next

Padah Curang, Semua Barang Mewah Milik Suami Dilelong Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *