Padah Curang, Semua Barang Mewah Milik Suami Dilelong Isteri

Lagi-lagi kes curang direveal di media sosial. Bila ada je kes curang tak kisahlah dalam Malaysia ke luar Malaysia, mesti akan jadi bualan netizen bila dah didedahkan kecurangan tu dalam internet.

Tapi kes curang pasangan Filipina yang viral baru-baru ni memang lain level la.

Bagi si isteri yang dicurangi, dah tak guna bersedih atas apa yang berlaku. Baiklah dia jual streetwear mewah milik suaminya dekat live FB. Dapat jugak duit.

Beribu yang datang tengok live tu terhibur sebab setiap barangan yang dilelong akan direlate kan dengan situasi semasa yang dia alami. Contohnya, “saya janji semua barang ni original dan dalam condition baik. Cuma tuan dia je yang tak baik.”

Kebanyakan barang memang berjaya dilelong. Antara item yang jadi rebutan ialah kasut Yeezy, baju Lacoste dan paling special kasut adidasxPharrell William Human Race NMD Breathe/Walk sebab tu hadiah dari skandalnya.

Dan kalau korang nak tahu dia berjaya raih sampai lebih kurang RM24,000 la dalam sesi live tu yang mana katanya akan digunakan untuk sara kehidupan anaknya yang masih kecil.

Korang boleh tengok sendiri live Jamille dekat sini: Jamille Margarita Galvez

Nak baca kes curang lain yang bukan biashe biashe, korang boleh klik link ni: Curang

Raja Lepak

Read Previous

Hantar Kereta Ke Bengkel, Sekali Kereta Kena Lenjan Sampai Enjin Rosak?

Read Next

Order Mi Basah Tapi Dapat Kuah Asing, Netizen Berdekah Dengar Respon Lelaki Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *