Kembang Tekak Tengok Tahap Pengotor Restoran Steak Termurah Ni Sediakan Makanan

Korang pergi Kampung Baru, pernah try tak makan dekat steak house yang dikatakan antara steak house paling murah dekat sini? Hmm kalau macam tu, maybe korang kena tengok ni.

Viral dekat Tiktok yang ada satu steak house ni cara pengendalian makanan dia berlaku dalam keadaan sangat kotor. Kotor macam mana?

Hmm, ayam tu rilek je dia letak bersidai ramai-ramai atas dapur tanpa berlapik gais. Dia ingat nak kasi ayam makan kot boleh suka hati nak berhidang macam mana pun. 

Belum kira lagi keadaan lantai yang basah tu. Siap boleh lenyek kentang guna botol. Korang rasa botol tu bersih ke tidak? Kalau tanya CT, tengok keadaan kedai, CT tak yakin yang botol tu bersih.

Bila perangai kotor dari rumah dibawa ke tempat kerja, dah tu kerja pulak kerja yang bahagian makanan memang tak jauhlah pergi dia. Dengan keadaan macam ni, confirmlah haiwan perosak macam lipas tu bersepah kan?

Video: @antaintiom

Read Previous

Diadaptasi Dari Kisah Sebenar, Ini Cerita Di Sebalik Drama Hot ‘Layanagan Putus’

Read Next

Orang Lain Yang Berhutang Dengan Ahlong, Jiran Pulak Jadi Mangsa Cat Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *