Diadaptasi Dari Kisah Sebenar, Ini Cerita Di Sebalik Drama Hot ‘Layanagan Putus’

Nampaknya masih ramai yang tak boleh move on dengan drama Indonesia, Layangan Putus ni. Mana taknya, isu yang dibawakan dalam drama ni ialah isu kecurangan. Kita ni memang pantang betul bab curang mencurangi ni.

Korang tahu tak yang drama lakonan Reza Rahadian sebagai Aris, suami kepada Kinan yang dibawakan oleh Putri Marino ni sebenarnya daripada kisah benar?

Sakit hati kan kita sebagai penonton tengok macam mana Aris buat ke Kinan, korang bayangkan perasaan Kinan sebenar? Apa rasanya diperbodohkan suami sendiri. Aduh geram!

Drama 10 episod ni diadaptasi daripada novel yang bertajuk sama, tulisan Mommy ASF yang lebih dikenali sebagai Eca Prasetya. Bekerjaya sebagai doktor haiwan, Eca mula berkongsi kisah beliau dicurangi suami sendiri, pemilik akaun YouTube yang suka berkongsi perihal Islamik dengan followers nya satu juta.

Ditinggal tanpa khabar selama 12 hari, rupanya si suami pergi honeymoon dengan isteri keduanya yang juga seorng selebriti Instagram dengan alasan nak pertahankan hijrah wanita tersebut.

Tapi isterinya ditinggalkan di rumah bersama anak-anak kecil.

Lepas dah tahu benda tu, Eca memilih untuk bercerai. Dan bermula daripada tulisan di Facebook group dipimpin Isa Alamsyah, suami Asma Nadia, penulis terkenal Indonesia pada 2019 sebelum berjaya dibukukan pada Disember 2020.

Kredit: Shopee linibukusolok

Korang kalau nak beli buku Layangan Putus ni, boleh je cari dekat Shopee. Rasanya tak sampai RM15 pun.

Raja Lepak

Read Previous

Tak Cukup Ruang, Jiran Buat Kelakar Sidai Baju Sampai Depan Rumah Sebelah

Read Next

Kembang Tekak Tengok Tahap Pengotor Restoran Steak Termurah Ni Sediakan Makanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *