Orang Lain Yang Berhutang Dengan Ahlong, Jiran Pulak Jadi Mangsa Cat Merah

Pinjam duit dengan ahlong ni memang risiko dia sangat tinggi. Tapi itu pun masih ada yang meminjam sebab terdesak dek keadaan ekonomi.

Cuma itulah, bila si peminjam tak mampu nak lunaskan hutang yang dipinjam, belum lagi termasuk bunga-bunga yang ada, orang sekeliling pulak dikejar untuk jadi pengganti untuk buat bayaran.

Istilah lebih tepatnya ialah mangsa.

Viral dekat Facebook baru-baru ni, gara perangai jiran yang dah berpindah, ahlong tak dapat kesan. Habis harta benda jiran sebelah rumah disimbah dengan cat merah. 

Dah keluarga kawan tak bersalah tu terpaksa hidup dalam ketakutan.

Walaupun dah buktikan yang ahlong tu salah orang, tapi dia pula yang seolah-olah kena ugut supaya cari jirannya yang berpindah tu. Tak pasal-pasal.

Tapi kalau baca komen, ada yang cakap sebenarnya ahlong tu bukan salah rumah pun. Cuma sebab si peminjam dah hilangkan diri, dia sengaja jadikan jiran sebagai mangsa untuk cari peminjam yang hilangkan diri.

Pengajarannya, sesak macam mana perlukan duit pun. Jangan gunakan saluran cepat macam ni untuk jadikan duit. Dia punya menyesal memang tak ada guna dah. 10 tahun bayar pun tak habis.

Kredit info & gambar: Azhar Md Arif

Read Previous

Kembang Tekak Tengok Tahap Pengotor Restoran Steak Termurah Ni Sediakan Makanan

Read Next

Rumah PPR Tak Ada Apa, Tapi Harga Sewa Macam Kondo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *