Rumah Agam Viral Dekat Shah Alam Dibuka Untuk Jualan

Beberapa minggu ni korang perasan tak yang ada satu rumah agam ni viral gila dekat media sosial. Kalau korang duduk Shah Alam, memang korang akan perasan lah ada beberapa buah rumah yang memang mewah gila.

Kebanyakan rumah mewah ni dimiliki orang bisnes, orang politik dan orang yang ada pangkat tinggi lah dalam kerajaan.

Kalau korang nak tahu, rumah ni bukan takat lokasi dia je yang tinggi, tapi juga harganya. Sebab pview dekat situ memang amazing la kan?

Buat korang yang selama ni tertanya-tanya macam mana rupa dalam rumah ni, haa ini dia. Sebab ada satu iklan jual rumah yang dimuatkan seorang pengguna FB, Koe Omc lah kita dapat tahu macam mana rupa dalam rumah tu.

Nama rumah ni difahamkan ialah Cendana Sejahtera. Dibuka untuk jualan dengan harga RM17 juta. Sebab apa RM17 juta? Sebab dalam rumah semua ada.

Underground parking, jakuzi, pool, sauna, surau dan sistem keselamatan pun 24 jam. Memang eksklusif dan sesuai kalau korang nak privasi. Jauh dari makcik bawang yang pasal tanam pokok termasuk sikit tanah dia pun dia bising.

Video: @josephknk

Kredit gambar: Koe Omc

Read Previous

Senarai Menu Nasi Pisang Umphh Yang Geng RL Rekomen Untuk Korang Cuba Dekat Selangor

Read Next

Ramai Terhibur Tengok Pelajar Terkejut Kantoi Leka ‘Layan’ Telefon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *