Senarai Menu Nasi Pisang Umphh Yang Geng RL Rekomen Untuk Korang Cuba Dekat Selangor

Korang perasan tak, makan dengan berlapikkan daun pisang tu feel dia lain macam? Rasa macam makin berselera dibuatnya sebab aroma daun pisang tu buatkan makanan tu rasa lebih sedap dan nikmat. 

Nak pulak bila makan dengan tangan. Ah, nikmat!

Btw korang tahu tak yang sebenarnya nasi daun pisang ni sebenarnya berasal dari Tamul Nadu, Kerala, India Selatan dan mula masuk ke Malaysia masa zaman penjajahan British dulu. Memang femes untuk hidangan lunch sebab dalam satu hidangan tu lengkap semuanya.

Selain nasi kandar, nasi daun pisang pun femes jugak Dan ada peminatnya yang tersendiri. Buat korang yang teringin nak mencuba menu ni, ini senarai port menu nasi daun pisang area Selangor yang geng RL nak share dengan korang.

Barulah makan tak terasa rugi sebab nasi daun pisang yang kitaorang senaraikan ni memang sedap!

1. Yap Kee Banana Leaf, Klang

Kredit: IG @timeoutkl

Kalau dah ada daun pisang dekat nama restorannya, memang siganture dia lah kan. Bukan takat orang tempatan, pelancong pun suka makan dekat sini. Nasi putih panas, makan dengan ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ikan, kari kambing tambah pulak dengan kerangupan papadom dan sayur kobis diaaa. Ah susahlah nak terangkan nikmat makan tu.

2. Restoran Sri Nirwana, Subang Jaya

Dak dak Subang Jaya, korang boleh try makan dekat restoran ni. Lagi lagi pulak yang tinggal dekat USJ 9 tu. Peria goreng sini memang femes. Rangup krup krap krup krap. Ada juga makanan panas macam mi goreng, nasi goreng dan banyak lagilah.

3. Acha Curry House, Petaling Jaya

Kredit: IG @qqnikl

Korang, pekena kari atas daun pisang memang lain feel dia tau. Kat sini best sebab banyak sangat pilihan kari yang ada. Bermula daripada kari biasa macam kari ayam dan kari ikan sampailah ke kari ketam dan kari ikan masin. Sulam pulak dengan sayur labu puree dan acar timun yang rangup tu, fuh! Mabeles.

4. Matahariis Banana Leaf, Seri Kembangan

Matahariis Banana Leaf ni memang femes dekat Seri Kembangan sejak tahun 2004 lagi. Menu nasi putih yang dihidangkan atas daun pisang bersama lauk pauk dan sayuran yang pelbagai memang boleh buat korang tersandar. Yang penting, jangan lupa try thosai dorang. Padu padu.

Senarai Menu Nasi Pisang Umphh Yang Geng RL Rekomen Untuk Korang Cuba Dekat Selangor

5. Macha & Co, The Curve

Kredit: IG @haizimhmk

Yang tak suka berpanas-panas, tapi nak makan nasi daun pisang, bolehlah try pergi Macha & Co dekat The Curve. Siap ada aircond. Yang nak makan nasi daun pisang tapi masih nak diet, korang tahu tak dekat sini ada je nasi perang.

Tengok gambar pun dah telan air liur kan? Ajomlah ajak kawan-kawan korang try lunch dekat sini. Jangan lepas lunch korang tersandar sampai tak boleh sambung kerja sudahlah.

Korang ada port makan nasi daun pisang yang best tak? Jom share dengan geng R untuk try out jugak.

Nak tahu benda yang best best dekat Selangor, korang boleh terus je ke www.selangor.travel. Senang kan? Atau korang boleh gunakan je #tourismSelangor dekat media sosial.

Have fun!

Kredit gambar utama: IG @bengwooi

Read Previous

Aksi Anjing Lagak Mat Rempit Buat Netizen Terhibur

Read Next

Rumah Agam Viral Dekat Shah Alam Dibuka Untuk Jualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *