MAPS Ipoh Suram, Dah Macam Kawasan Paranormal

Korang ingat lagi tak MAPS, Ipoh? Lokasi femes yang kena lawat kalau ke Ipoh. Tapi sejak Januari 2020, MAPS ditutup lepas 3 tahun operasi. Katanya mungkin sebab dah tak mampu nak kawal kerugian yang dialami.

Lepas hampir 2 tahun ditutup, tiba-tiba viral keadaan terkini MAPS, Ipoh yang terbiar tanpa berusik. Tempat yang dulunya gah, dah jadi kosong terbiar dengan pokok liar.

Sedih jugaklah. Harap ada lah pihak yang belikan dan bangunkan semula. Kesian tengok suram je.

Tapi sebenarnya ada jugak yang baru tahu MAPS, Ipoh ni dah ditutup. Maybe masa kecoh tu, tak cukup kecoh kot.

Maybe geng-geng paranormal boleh datang melawat bila turun Ipoh. Mana tahu terjumpa kawan korang kat sana ke?

Kredit foto: ‘Aqilah Shahruzzaman via @viralperak

Read Previous

Eksiden Dekat Simpang Ni, Korang Rasa Siapa Salah?

Read Next

Polis ‘Menganjing’ Marshal, Sabar Tunggu Lampu Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *