Polis ‘Menganjing’ Marshal, Sabar Tunggu Lampu Merah

Hari tu kan kecoh pasal konvoi motor berkuasa besar yang dikawal oleh marshal. Sampaikan pihak berkuasa pun into the scene cari siapa marshal yang pandai pandai je buat macam tu.

Gambar viral marshal kawal trafik.

Dalam isu tu masih hot, tetiba je FB IPD Kemaman up satu gambar sekumpulan pegawai polis yang sabar menunggu lampu merah bertukar hijau. Yang kelakarnya, caption tu. Sempoi je perli marshal tu.

‘Kami bukan marshal, jadi kena berhentilah di lampu isyarat. Jangan marah abang marshal, gurau,’  katanya. Ayat yang simple tapi mendalam jugak maksud dia tu.

Kalau baca kat komen, memang ramai yang terhibur dengan caption yang ringkas tapi sangat mendalam tu. Dan gambar tu pun dapat reaction orang gelak yang banyak je.

Antara komen yang CT rasa kelako ada tu dia kata cc motor tuan polis tak layak langgar lampu merah berbanding yang ikut konvoi tu. Siap ada yang suruh pakai baju marshal dulu, baru boleh control trafik.

Adoi, macam-macam ye korang.

Apa-apa pun, konvoi tu tetap ikut peraturan yek. Jangan sebab nak senang diri sendiri, korang susahkan orang lain.

Raja Lepak

Read Previous

MAPS Ipoh Suram, Dah Macam Kawasan Paranormal

Read Next

Trend Pacak Khemah Dekat Parking Lot Genting Bikin Netizen Panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *