Eksiden Dekat Simpang Ni, Korang Rasa Siapa Salah?

Korang kalau guna highway PLUS, Jalan Duta perasan tak susahnya nak ke stesen minyak yang ada dekat situ. Kena tukar lorong, dan dalam masa sama kena alert dengan kenderaan yang lalu lalang.

Jadi bila dekat situ, memang kalau tak berhati-hati boleh menyebabkan accident. Terutamanya kalau yang lalu lorong Smart TAG dan RFID.

Macam dalam satu video viral beberapa hari ni, satu rider motor terlanggar sebuah kereta yang sikit je lagi nak sampai ke stesen minyak tu. Sampai terpelanting jugaklah.

Ada juga yang cakap kalau pemilik kereta tu gunakan line tol belah kiri sebelah stesen minyak yang lebih dekat dengan stesen minyak, maybe kejadian ni boleh dielakkan kot. 

Tapi ada juga yang cakap, kalau rider tu bawa slow sikit maybe keadaan ni boleh dielakkan sebab dari dashcam nampak macam kereta ni memang dah slow.

Korang rasa macam mana pulak?

Sumber: careta_malaysia

Read Previous

Semangat Atuk Buat Grab Buat Netizen Tersentuh

Read Next

MAPS Ipoh Suram, Dah Macam Kawasan Paranormal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *