Semangat Atuk Buat Grab Buat Netizen Tersentuh

Bila korona menyerang dunia, hampir semua orang terjejas ekonominya sebab sektor ekonomi tertutup. Tak kira tua atau muda, masing-masing cuba untuk survive.

Macam dalam satu video viral dari TikTok ni, seorang atuk berusia 68 tahun masih gigih mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. 

Walaupun dari segi cara jalan pun dah tahu beliau kurang larat, tetap juga semangat.

Tengok atuk ni rasa macam sedih sangat. Terasa kalau kita merungut penat dengan kerja sekarang, seakan tidak bersyukur. Sebab atuk yang dah jalan terbongkok pun masih semangat bekerja.

Kalau korang pergi dekat komen, korang boleh nampak netizen yang tengok video ni pun rasa tersentuh dengan semangat atuk ni. 

Semoga urusan kita dipermudahkan. Kita yang order makanan online ni, jangan berkira untuk selitkan tips buat rider-rider. Terutamanya kalau rider ni golongan warga emas macam ni.

Sumber video: @danielashraf1370

Read Previous

‘Tinggi Bethol!’, Bonggol Sekolah Memandu Jadi Perhatian Netizen

Read Next

Eksiden Dekat Simpang Ni, Korang Rasa Siapa Salah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *