‘Setan’ Pun Dijemput Hadir Majlis Kawin

Asal namanya Indonesia, mesti banyak kejadian yang di luar jangkaan berlaku kan? 

Macam yang viral baru ni, boleh pulak dijemputnya ‘setan’ datang majlis kawin. Dari planet mana ntah dorang ni diimport. Siap pakej terjelir-jelir lidah lagi tu.

Sekali pandang teringat dekat majlis kawin Lucifer.

Luar biasa sebab majlis perkahwinan biasa pengantin diiringi pengapit yang helok helok, manis dan kacak. Tapi kali ni pengapitnya buat hal pakai kostum raksaksa pulak. Kalau first time jumpa boleh tahan menakutkan jugak ye dorang ni.

Siap ada asap-asap kuning mengiringi lagi tu. 

Lepas pandemik ni, ramai yang kreatif terlebih pulak. Korang kalau nak buat majlis, nak suruh pengapit pakai apa?

CT lepas tengok ni macam terinspirasi pulak nak suruh pengapit pakai baju tidur je. Biar semua muka sememeh, CT je yang terpaling lawa. HAHA. 

Sumber video: @sanggarriasmehrunisa

Read Previous

Bengang Sebab Double Park, Ada Yang Timbunkan Sampah Atas Bumbung Vios

Read Next

Netizen Bimbang Tengok Keadaan Laut Bergelora & Hujan Lebat di Pulau Perhentian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *