Bengang Sebab Double Park, Ada Yang Timbunkan Sampah Atas Bumbung Vios

Semakin banyak kereta yang dikeluarkan, tapi kawasan parking memang banyak tu je. So tak hairanlah kalau banyak yang buat perangai double park. Lagi hanat bila dia double park, tak tinggal nombor. Uish, sakit hati betulkan. 

Korang jangan buat perangai macam tu. Kang tak pasal-pasal jadi macam ni. Double park punya pasal, haa habis bertimbun sampah atas kereta kena hadap.

Viral dekat TikTok satu video yang mana sebuah kereta Toyota Vios jadi tempat kumpulan sampah sebabkan dia double park. 

Kalau baca kat komen, dalam tu ada tiga kesalahan yang dia dah buat: double park, tarik handbreak dan tak tinggalkan nombor telefon.

Mungkin sebab terlampau geram, itu yang si Vios tadi ni dihukum macam tu. Tapi macam okey ke kalau buat macam ni? Ke korang rasa better lah daripada dia dirosakkan?

Hmm, CT dilema jugak. Nak rasa puas hati ke nak rasa kesian.

Menangis weh si tuan tengok kereta dia macam ni. Mungkin ini pengajaran untuk kita. Dah double park, jadi bijak sikit. Kalau tak ini makan dia.

Sumber video: @choyweikit

Read Previous

Tuan Rumah Tertipu, Kontraktor Dibayar RM350K Tapi Sambung Atap Guna Tape Je

Read Next

‘Setan’ Pun Dijemput Hadir Majlis Kawin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *