Tuan Rumah Tertipu, Kontraktor Dibayar RM350K Tapi Sambung Atap Guna Tape Je

Buat rumah, benda paling seksa nak hadap ialah perangai kontraktor. Kalau dapat kontraktor jenis amanah, buat kerja bagus tu memang bersyukur sangatlah. Kalau dapat yang jenis nak duit, tapi kerja asal boleh, memang azab.

Macam yang dishare dekat TikTok ni, pemilik rumah dah perabis dekat RM350k, tapi rumah yang diidamkan akhirnya lebur macam tu je sebabkan tindakan kontraktor ni. Penipu habis.

Korang bayangkanlah, pasang atap rumah pun dia boleh pakai tape je weh. Dia beli tape dekat alam sebalik mata ke apa, yang kalau pasang dia ingat boleh tahan sampai 10 keturunan?

Ct pun jadi geram.

Sebabkan kontraktor ni jugaklah dorang diarahkan berpindha sementara kerja-kerja baik pulih diselesaikan demi keselamatan.

Sekarang ni, kontraktor tu akan disaman dan aduan pun dah dibuat supaya lesen syarikat kontraktor tu ditarik balik.

Orang nak buat reban ayam pun punya cantik planning, inikan pulak nak buat rumah manusia. Takkan main sumbat je kan? Keselamatan tu.

Sumber video: @auraserriputeri1

Raja Lepak

Read Previous

Benda Tak Siap Tapi Dah Habis 12K, Wanita Sedih Tengok Kereta Habis Togel Dibuat Pomen

Read Next

Bengang Sebab Double Park, Ada Yang Timbunkan Sampah Atas Bumbung Vios

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *