Benda Tak Siap Tapi Dah Habis 12K, Wanita Sedih Tengok Kereta Habis Togel Dibuat Pomen

Viral kan baru-baru ni pasal video TikTok yang pasal hantar kereta dekat pomen, tapi habis togel dibuatnya oleh pomen yang tak bertanggungjawab. Kalau tengok video tu, walaupun bukan kita punya tapi tetaplah rasa geram dan marah.

Korang bayangkan, dia tinggalkan kereta tu masa awal-awal kena PKP dulu sebab masalah bateri mati. Sebabkan kereta tu akan duduk dalam jangka masa yang lama, dia pun ambil keputusan nak upgrade jadi Wira Evo.

Dah RM12,000 habis dibayar secara ansuran, tapi asal tiap kali nak datang tengok progress mesti pemilik bengkel tu akan cakap macammacam alasan supaya dia tak datang tengok. 

Bila dia datang mengejut, dia yang terkejut tengok kereta dia macam dah togel dibuat tu.

Bila dah viral barulah si pomen ni kata akan siapkan kereta tu secepat mungkin. Sabtu minggu tu. Kata si pomen, kereta togel tu sebab enjin belum dipasang sebab ada perubahan. Dan kereta boleh ambil kalau semuanya dah siap pasang dan dicat semula.

Memang kita kena hati-hatilah lepas ni. Jangan percaya sangat kata pomen kalau hantar kereta dekat bengkel tu. Eloknya datanglah mengejut sekali sekala kalau kereta korang tu memang kena duduk lama dekat bengkel.

Ghisau betul!

Sumber video: @ain_jeman

Read Previous

Savage Je Cara Kim Jong Kook Balas Dakwaan Bina Muscle Guna Steroid

Read Next

Tuan Rumah Tertipu, Kontraktor Dibayar RM350K Tapi Sambung Atap Guna Tape Je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *