Netizen Bimbang Tengok Keadaan Laut Bergelora & Hujan Lebat di Pulau Perhentian

Bermula bulan November, MET Malaysia dah bagi warning yang Malaysia sedang dalam fasa peralihan monsoon sehingga Mac 2022. Kalau hujan lebat berlaku dengan kejadian air pasang dan ribut, risiko untuk banjir memang akan jadi lebih buruk.

Macam yang ada orang share dekat TikTok keadaan Pulau Perhentian sekarang, memang agak seram.

Dalam video tu boleh nampak yang air laut bergelora kuat sampaikan pantai terhakis disebabkan hempasan ombak yang kuat. Tambah lagi dengan keadaan hujan lebat, memang cukup merisaukan.

Netizen yang tak menetap di sana pastinya terkejut dengan keadaan tu. Risau juga takut berlakunya banjir besar macam yang pernah sebelum ni.

Sama-samalah kita doakan agar tak ada perkara buruk yang berlaku. Orang-orang yang duduk dekat kawasan pulau ni CT harap sama-samalah jaga diri dan berhati-hati. Korang pun kalau boleh masa musim tengkujuh ni elakkan pergi bercuti dekat kawasan sungai atau laut.

Bahaya boleh datang bila-bila tanpa diduga.

Sumber: @snrhidayah_ & @rizalakim

Read Previous

‘Setan’ Pun Dijemput Hadir Majlis Kawin

Read Next

Iklan Banner Kedai Ikan Penang Ni buat Netizen Terhibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *