Oyen Kecewa Kekasih Curang, Kantoi Depan Mata

Kalau bukak je sosial media, asal nampak si bulus buat hal mesti mostlynya si Oyen. Ada jelah gelagat nakal yang dia buat sampai boleh viral dekat internet.

Tapi kali ni lain. Oyen jadi mangsa! Di dicurangi korang.

Dalam satu video yang viral oleh Cabai Bird Green, Oyen memang nampak kecewa teruk lepas je nampak awek dia curang depan mata dia di luar tingkap. Siap bermesra tanpa bersalah lagi tu.

Oyen yang hanya saksikan keadaan tu dalam diam nampaknya kejung tak mampu bergerak. Mungkin sebab terkejut sangat kot.

Dan dalam video yang satu lagi, Oyen ni tergolek seakan patah hati. Jenuh si Abah nak memujuk Oyen untuk tabah.

Sabarlah Oyen, dalam bercinta memang macam tu. Tak semuanya setia.

Tengok pada komen, ramai yang terhibur dengan aksi Oyen. Ramai juga yang bersimpati dan sempat doakan Oyen bertemu jodoh yang lebih baik.

Aamin!

Kredit: Cabai Bird Green

Read Previous

Terlampau Fikir Luar Kotak, Cikgu Math Buat ‘Gila’ Mengajar Dekat P0rnhub

Read Next

Lelaki Dukung Batu Nisan Dekat Jalan Genting Kembali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *