Lelaki Dukung Batu Nisan Dekat Jalan Genting Kembali

Sebelum ni dah pernah viral dah kelibat seorang lelaki yang berjalan dukung bayi (sebenarnya batu nisan) dekat Jalan Genting. Tapi lama tak nampak.

Cuma baru-baru ni viral sekali lagi isu yang sama lepas @bu4y4gebu upload video dekat TikTok.

Masa kena tahan dengan orang ramai, lelaki ni dikatakan tak peduli pun arahan orang ramai yang suruh dia berhenti sampailah dia terjatuh dekat bahu jalan.

Paling seram kalau nak lalu malam. Sebab sambil berdiri atas kereta yang pernah terbakar dekat tepi jalan tu, boleh rilek lagi dia buai-buai batu nisan tu macam dodoi baby. 

Memang aneh-aneh jugak ye. Tapi setakat ni masih lagi tak ada info lanjut pasal hal ni. Sama ada dia ni orang yang sama dengan yang pernah viral sebelum ni atau pun tak.

Warga netizen memang risaulah. Kot kot dia kena rasuk ke kan? Bahaya juga duduk tepi jalan tu, Kalau tak perasan, atau kereta terbabas. Silap-silap boleh mendatangkan kemalangan maut.

Ada juga netizen yang komen dia nampak ada benda lain (perempuan rambut panjang) sebelah lelaki tu. Hmm. Tak tahulah CT nak respon cemana. 

Korang pun nampak jugak ke benda yang sama?

Raja Lepak

Read Previous

Oyen Kecewa Kekasih Curang, Kantoi Depan Mata

Read Next

King Buat Hal Lagi, Kali Ni Menyamar Jadi Kapal Terbang Pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *