Terlampau Fikir Luar Kotak, Cikgu Math Buat ‘Gila’ Mengajar Dekat P0rnhub

Korang tahu tak yang baru-baru ni viral pasal seorang cikgu math dari Taiwan yang boleh jana duit lebih $250,000 dalam masa setahun dengan kaedah pengajaran dia yang rare?

Changhsu yang ada degree dalam bidang math ni dah 15 tahun mengajar subjek tu, tak kisahlah online ke offline. Tapi dia dapat idea nak luaskan lagi pengajarannya dengan ajar math dalam satu website iaitu P0rnhub.

Korang dengar pun dah tahu kan site tu apa benda kandungan dia kan?

Mula-mula tu dia mengajar math dekat YouTube. Tapi bila dia perasan YouTube tak banyak sangat dapat views, dia cuba cari mana lagi tempat yang dia boleh ajar math sampailah dia terasa nak mengajar dekat site seangkatan dengan P0rnhub tu.

Cuma ada site yang dah banned dia sebab video yang diupload tak sesuai dengan site dorang. Sampailah ke P0rnhub, video dia elok je tak kena padam. So Changhsu pun teruskan lah mengajar dekat situ.

Sebenarnya dia tak nak mengajar pun dekat site site macam tu. Dia cuba nak orang ramai tahu yang dia boleh mengajar dengan baik dan simpulkan yang math tu pun seksi jugak.

Walaupun macam tersalah platform, Changhsu dah ada ribuan followers tau. Jumlah views pun dah lebih 1 juta.

Adoi, macam-macam dunia sekarang.

Raja Lepak

Read Previous

Wagyu Tomahawk Salut Emas, Netizen Kata Kena Tahan Berak Seminggu

Read Next

Oyen Kecewa Kekasih Curang, Kantoi Depan Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *