Wagyu Tomahawk Salut Emas, Netizen Kata Kena Tahan Berak Seminggu

Baru-baru ni viral jugaklah pasal satu restoran daging wagyu tomahawk dekat Kuching ni. Bukan hanya sebab harga dia, tapi juga presentation daging dia yang bersalut dengan salutan emas boleh makan.

Fuh, harga dia je RM6,888 tau. Total orang tu makan cecah lebih 13k jugak untuk hari tu.

Si pembeli tadi pujilah kata memang restoran tu sedap dan siap promote kalau korang nak try memang berbaloi dengan harganya yang mahal tu.

Cuma netizen biasalah. Mesti ramai yang berbeza pendapat. Ada yang kata boleh pengsan tengok harga bayar tu. Macam boleh bayar muka kereta je. 

Siap ada yang cakap kena tahan berak seminggu sebab sayang nak buang kepingan emas tu yang dibayar mahal-mahal.

Ada jugak yang cakap, sebenarnya tomahawk ni scam je dalam dunia steak sebab berat pada tulang yang tak boleh makan. Padahal dagingnya tak dapat lebih pun.

Pendapat korang cemana? Sanggup ke nak bayar? Atau sanggup ke lepas makan kena tahan berak?

Read Previous

Sebab Kenapa Bill Gates Tak Nak Menantu Miskin

Read Next

Terlampau Fikir Luar Kotak, Cikgu Math Buat ‘Gila’ Mengajar Dekat P0rnhub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *