Sebab Kenapa Bill Gates Tak Nak Menantu Miskin

Berita perkahwinan anak Bill Gates masih hangat diperkatakan sampai sekarang.

Selamat melangsungkan perkahwinan dengan pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30 tahun, majlis perkahwinan anak perempuan sulung Bill Gates, Jennifer, 25 tahun itu berlangsung dengan meriah.

Btw, korang tahu tak yang Bill Gates sebenarnya tak benarkan anak perempuan dia berkahwin dengan lelaki miskin?

Beberapa tahun lalu, Bill Gates dalam satu persidangan ada jawab satu persoalan tentang boleh ke anak dia kawin dengan lelaki miskin atau sederhana sedangkan beliau sendiri berada dalam senarai orang terkaya di dunia.

Jawab Bill Gates, kena faham yang kaya tu tak semestinya ada akaun bank yang tebal. Sebaliknya kekayaan adalah keupayaan untuk mencipta kekayaan.

Contoh macam orang yang menang loteri. Walaupun dia menang 100 juta sekalipun, dia sebenarnya miskin, lebih tepat lagi orang miskin yang ada banyak wang. Dan sebab itu jugalah 90% jutawan loteri ni akan jadi miskin semula lepas 5 tahun.

Ada juga orang kaya yang tak ada duit. Contohnya usahawan yang dah menuju ke arah kekayaan walaupun tak ada duit sebab dorang tengah expend tahap pengetahuan kewangan dorang dan itulah kekayaan yang sebenar.

Secara ringkasnya, bagi Bill Gates, orang kaya mungkin mati untuk jadi kaya, tapi orang miskin boleh membunuh untuk jadi kaya.

Kalau budak muda yang cua belajar skill baru, belajar untuk upgrade diri dia, itulah orang kaya yang sebenar. Dan orang yang anggap orang kaya itu semua pencuri dan sentiasa mengkritik, itulah dia orang yang miskin.

Fuh, mendalam kan?

Kredit imej: Instagram @thisisbillgates/ @jenniferkgates

Read Previous

Keanu Reeves Hadiahkan Jam Rolex Dekat 4 Stuntmen John Wick

Read Next

Wagyu Tomahawk Salut Emas, Netizen Kata Kena Tahan Berak Seminggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *