Kalau sebelum ni, orang Perlis yang nak merasa Starbucks terpaksa pergi ke Kedah. Tapi lepas daripada ni, orang Perlis dah boleh lepak lepak santai minum kopi mewah dekat negeri sendiri.
Sebab apa?
Sebab dikatakan menjelang Jun 2022, akan ada 40 cawangan kedai Starbucks di Malaysia dan ia termasuklah dekat Perlis! Fuh, gais! Teruja CT membacanya.
Agak-agak dalam 40 tu, berapa ketullah akan dibina di Perlis kan? Tu korang kena tunggu pengumuman rasmi Starbucks la tentang senarai lokasi dorang.
Lepas ni orang-orang Perlis akan melepak minum kopi mahal jelah. ;p
Sebelum ni, heboh Starbucks bakal buka operasi pertama mereka dekat Perlis. Ada yang berjenaka, kalau ada promosi, mau beratur orang dekat kaunter sampai boleh terlepas ke Kedah.
Amboi, macam tu punya #PerlisIsSoSmall ke? Over tau.
Kredit gambar utama: Eater.com