Sebab Apa Kokom Tak Buat Konten Prank? Respek Bro!

Sekarang ni berlambak betul konten-konten prank yang dibuat dekat sosial media, terutamanya platform yang boleh jana duit daripada jumlah views macam YouTube dengan Facebook.

Terikut sangat budaya barat, konten-konten prank ni kadang-kadang makin melampau. Macam yang baru ni ada satu group YouTuber ni buat konten prank member kena tangkap basah, prank mengandung dan prank nak pukul orang.

Sebabkan hype sangat konten prank ni, ada beberapa YouTuber masih dengan pendirian dorang tak kan hasilkan konten prank semata demi views. Macam Mr Kokom yang terkenal dengan konten-konten dakwah ringan dalam bentuk cerita pendek.

Kata Kokom, bukannya dorang tak nak buat, tapi memang tak boleh buat sebab agama mengharamkan konten prank ni. 

Mufti sendiri pernah keluarkan kenyataan pasal prank ni. Yang mana prank atau gurauan ini dibenarkan selagi tak melampau dan boleh diterima yang diajak bergurau.

Kalau prank menipu, menakut-nakutkan, membuka aib dan tak boleh diterima yang diajak bergurau dah jatuh hukum haram dan dilarang. lagi pula kalau video prank tu diupload dalam media sosial dan ditonton secara meluas. Dah ke sebar aib tu?

Petikan daripada page Mufti WP

Bagus Mr Kokom, memang respek la bro! Apalah guna kejar views kalau buat benda yang agama larang kan?

Read Previous

40 Cawangan Baru Starbucks Akan Di Buka Termasuk Di Perlis!

Read Next

Keanu Reeves Hadiahkan Jam Rolex Dekat 4 Stuntmen John Wick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *