Memang Tak Ada Belas Kasihan, Pembunuh Bersiri Bukan Takat Rogol & Bunuh Tapi Siap Korek Mata Mangsa

Hari tu CT ada share pasal dokumentari yang cerita pasal kematian 11 orang ahli keluarga tu kan? Yang kematian dorang memang misteri gila sebab tak ada saksi dan tak ada tanda-tanda rompakan, pecah masuk rumah je.

Korang boleh baca dekat sini: Dokumentari Kisah 11 Ahli Keluarga Ditemui Tergantung Bakal Buat Korang Seram Sejuk

Kali ni CT nak share pasal satu lagi dokumentari yang menarik untuk korang tonton pasal kisah jenayah bersiri yang boleh dikatakan salah satu paling kejam berlaku dekat California.

Dalam dokumentari Night Stalker: The Hunt for a Serial Killer ni korang akan dibawa melihat betapa kejamnya jenayah yang dilakukan penjenayah tu, Richard Ramirez.

Bayangkan dalam masa setahun lebih je, dah ramai yang dah jadi mangsa Ramirez. Ada yang dibunuh. dirogol, hampir jadi mangsa bunuh, diserang secara seksual dan dirompak. Dan yang menambah mengelirukan pihak berkuasa bila Ramirez ni tak pilih mangsa.

So agak susah polis nak kesan siapa mangsa seterusnya.

Kisahnya Ramirez ni dia memang dah terdedah dalam dunia keganasan bila sepupunya, Miguel selalu share pasal jenayah. Dan sejak 10 tahun lagi Ramirez ni dah terlibat dalam dunia ganja dan diajar gunakan senjata.

Sampailah satu tahap, Ramirez ni memang dah tak dapat dibendung. Tambah pula dengan obsesi dia dengan syaitan. Memang jahat dia tak boleh bawa bincang.

Ada mangsa yang digantung dekat batang paip (kanak-kanak perempuan), ada juga mangsa yang dikorek matanya dan ditembak mati. Siap lepas bunuh mangsa, Ramirez ni boleh lepak makan makanan yang ada dalam peti ais rumah tu tau.

Masa dibicarakan di mahkamah, Ramirez terima banyak surat cinta daripada peminatnya. Satu sebab dia hensem, satu lagi sebab dia dikatakan ada aura penarik macam tu. 

Sampaikan masa mahkamah jatuhkan hukuman yang dia akan dihukum mati, ada yang menangis. Tapi Ramirez tak sempat jalani hukuman tu sebab dia mati awal dek kerana kanser.

CT jamin, walaupun cuma 4 episod je dokumentari ni. Tapi memang bagi impak sebab kejahatan Ramirez ni tak boleh nak brain.

Raja Lepak

Read Previous

Sebab Sayang Sangat, Bantal Busuk Jadi Tetamu VIP Majlis Perkahwinan

Read Next

Gaji Sampai RM136K Seminggu, Korang Hanya Perlu Baring & Layan Netflix

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *