Dokumentari Kisah 11 Ahli Keluarga Ditemui Tergantung Bakal Buat Korang Seram Sejuk

Korang dah tengok tak satu dokumentari dekat Netflix pasal kisah kematian 11 ahli keluarga yang mana 9 daripadanya ditemui mati dalam keadaan tergantung? Mulai daripada yang berusia remaja sampailah ke nenek tua. 

Mungkin awal-awal tu rasa macam eh ni mesti kes jenayah bunuh. Tapi tak korang. Sebab tak ada satu pun tanda-tanda yang mengatakan dorang ni dibunuh. 

Dalam dokumentari Netflix,’House of Secrets: The Burari Deaths’ ni korang akan tengok macam mana confusenya pihak berkuasa masa tu nak siasat kes ni. 

Sampailah dorang jumpa satu diari yang bantu selesaikan kes. Diari ni jadi bukti yang sebenarnya dorang ni bukan dibunuh tapi membunuh diri secara ramai-ramai dalam satu ritual kultus yang dorang amalkan. 

Sedangkan keluarga ni memang terkenal sebagai keluarga yang sangat baik dan jiran-jiran pun terkejut dengar berita ni. 

Dalam siri dokumentari ni korang akan nampak yang kenapa, mengapa dan bagaimana kejadian ni boleh berlaku dan bagaimana ia dikupas dengan ketiadaan saksi yang boleh beri keterangan.

Read Previous

Bengang Suami Tak Nak Cuci Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana Suami

Read Next

Ingatkan Aiskrim, Rupanya Realiti Di Sebaliknya Buat Netizen Terkedu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *