Bengang Suami Tak Nak Cuci Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana Suami

Ikan arowana ni kira macam king antara ikan hiasan sebab dia adalah ikan yang termahal dekat dunia. Bila dah bela ikan arowana ni, memang tandanya orang tu pencinta ikanlah.

Tapi, pencinta ikan pun, jangan buat isteri marah. Macam satu kes yang dipercayai berlaku dekat Indonesia ni.

Sebabkan bengang suami dia mungkir janji nak cuci akuarium, habis digoreng ikan arowana tu dijadikan lauk. Tak pasal-pasal.

Dalam satu video TikTok @miakurniawan10, si isteri ni jelaskan kenapa dia goreng ikan tu walapun ia sangat disayangi suaminya.

“Gara-gara suami suruh bersihin akuarium janji-janji aja, ya udah aku bersihin sendiri, tetapi akhirnya ikan itu mabuk.”

Dah ikan tu mabuk sebab mungkin dia tersalah cara membersihkan, dia pun ambil keputusan masak jelah. 

Warganet biasalah, pelbagai reaksi yang diberikan. Ada yang cakap ini memang boleh cetuskan perang dunia ketiga sebab harga ikan arowana tu bukan kaleng-kaleng ya. Memang sangat mahal. Boleh pulak digoreng macam goreng ikan kembung.

Tapi iitulah, kalau suaminya cuci awal-awal, tak jadi kan macam ni. So, siapa yang salah sebenarnya?

Sumber: @miakurniawan10

Read Previous

Dari WFH Ke WFO, Amacam Dah Ready?

Read Next

Dokumentari Kisah 11 Ahli Keluarga Ditemui Tergantung Bakal Buat Korang Seram Sejuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *