Dari WFH Ke WFO, Amacam Dah Ready?

Sedar tak sedar rupanya dah nak masuk 2 tahun dah gais kita kena stay at home. Rasa macam 2020 tu dipenuhi dengan perkataan PKP, PKPP, PKPB je. 

Ini bermakna dah 2 tahun jugak kita hidup tak bersosial secara fizikal. Hampir 2 tahun juga tak balik jumpa mak ayah. Jadi macam tak fair lah kan nak kira tahun 2020/2021 ni kan? 

Tak lama lagi, kita mungkin boleh kembali ke kehidupan normal semula bila kadar lengkap populasi dewasa divaksinasi mencecah angka 90%. 

Kredit: Straits Times

Tapi bila dah dibenarkan hidup kembali normal, kita tetap kena amalkan norma-norma baharu macam kekal jaga jarak fizikal, pakai mask, cuci tangan sentiasa dan beberapa lagi SOP lain.

Sebab virus ni tetap ada dan tak akan hilang bak kata pakar. Macam demam dan selesema.

Cuma CT nak tanyalah, sepanjang korang WFH dah nak masuk 2 tahun ni. Korang okey ke nak masuk ofis ni? Maksudnya dah ready ke?

Bagi CT, memang agak tak sabar nak masuk ofis. Bukan apa, susahlah korang nak bua discussion kalau online. Dengan line slow yakmat, data cepat habis lagi. Aduh memang susah.

Kadang-kadang bos tengah cakap, tetiba je hilang. Sebab connection lost. Aje naya!

Tak kira lagi, otak tepu asyik menghadap dinding je. Nak dapat idea pun kemain payah. Lainlah kalau duduk dalam ofis, sembang dengan ofismate nampaklah jalan tu nak ke mana.

Tapi CT okey lagi kot sebab hidup dengan housemate. Yang ada family tu agak kesian, sebab bukan je sibuk dengan kerja je. Tapi jugak dengan anak-anak. Nak bagai komitmen pada kerja, tapi dalam masa sama kena juga bahagikan masa untuk keluarga.

Kredit: HRM Asia

Kadang-kadang ada juga bos yang hari minggu, tengah malam, dah habis shif ofis hour pun dia boleh mesej atau emel pasal kerja. Tak terlayan weh. OT bukannya boleh claim. T-T

Tapi Alhamdulillah, CT tak kena macam tulah. Housemate CT yang kena.

Masalah CT ni paling utama dapur tu. Dengan katil. Aduhai, memanggil manggil sentiasa. Sampaikan itu yang banyak baju kerja dah tak muat. Azab!

Dan CT tahu ada jugak yang kesihatan mental terganggu sebabnya terkurung duk pandang dinding tak boleh nak keluar release stress. Data pun cakap benda yang sama. Korang ada ke yang termasuk dalam golongan ni?

Kredit: Forbes

CT harap korang kuat. Kelonggaran dah ada ni, pergilah release stress sikit okey. Ambil angin kat taman pun okey. Janji dah lengkap 14 hari dari tarikh dos kedua.

Yang masih belum vaksin, ikutlah saranan pakar kesihata. Vaksin sekurangnya jadi ikhtiar untuk kita jaga diri kita daripada sakit teruk kalau terkena jangkitan COVID-19 ni.

Panjang pulak CT bebel kali ni. Tapi itulah, CT nak tanya, korang setuju tak dengan apa yang CT cakap ni.

And paling penting dah ready ke tu nak ke ofis? Baju baju ofis muat lagi dak? ;p

Kredit gambar utama: Economic Times HR World

Read Previous

Cara Semak Berapa Juta Dah Korang Habiskan Dekat Shopee

Read Next

Bengang Suami Tak Nak Cuci Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana Suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *